Tuesday, December 29, 2009

Siapa Di Sebalik Tragedi TITANIC 15 April 1912

Siapa di sebalik tragedi TITANIC yang berakhir dengan penuh tragis pada 15 April 1912 dan mengemparkan seluruh dunia apabila Kapal yeng terbesar di dunia ketika itu karam dengan 1001 peristiwa yang hingga kini masih menjadi perhatian kita semua.Buat kali pertama dan kali yang terakhir kapal itu berlayar ....saje nak share,kalau korang nak tahu meh...kita imbas semula setiap insan yang terlibat dengan tragedi tersebut.

Captain Edward Smith Titanic
Captain Edward John Smith
Born: January 27, 1850
Birthplace:Hanley, Stoke-on-Trent, England
Died: April 15, 1912, Atlantic Ocean (perished during sinking of RMS Titanic)

Yang ni Captain Edward John Smith Kapten kapal TITANIC

Wallace Hartley bandleader titanic
Ingat lagi tak dalam filem TITANIC 1997 sebelum kapal tu karam
ada sekumpulan pemuzikyang mainkan lagu sedih
sempena "kekaraman" kapal tersebut?
Ni salah seorang pemuzik tersebut Bandleader Wallace Hartley (Kanan)

officer william murdoch suicide
Yang ni salah seorang pegawai kapal dalam TITANIC tu.
Kalau dalam filem TITANIC 1997 pegawai ni William Murdoch's
tembak kepala sendiri bila dia dengan tak sengajanya
menembak 2 orang penumpang yang tak bersalah dalam kapal tersebut.

Officer Harold Lowe lifeboat 14 rescued 4 survivors
Ingat yang ni tak?Harold Lowe, salah seorang pegawai
yang menyelamatkan Rose (Kate Winslet)yang terapung dengan life jacketnya
dalam laut setelah "jack" mati dalam filem TITANIC 1997

Isador Straus and Ida Straus
Pasangan suami isteri yang sanggup mati demi TITANIC.
Kalau dalam filem pasangan nimati atas katil,tapi yang realitinya
pada 15 April 1912 pasangan ni kali terakhir di lihat "mati" kat kerusi deck kapal
tersebut dan hanya mayat suaminya sahaja iaitu Isador yang di temui.
Sebaris kata-kata terakhir dari pasangan tersebut...
"We have been living together for many years. Where you go, I go."


Titanic passenger's body is embalmed
Mayat penumpang kapal TITANIC kelas pertama yang di jumpai terapung di
Lautan Atlantik di letakkan dalam keranda di atas Minia's deck

Joseph Dawson grave
Kubur "Jack" dalam filem TITANIC 1997 yang terletak di Halifax, Nova Scotia.
Joseph Dawson ataupun"jack" di lahirkan di Dublin Jerman
adalah salah seorang krew kapal TITANIC pada tahun tersebut.
Kalau dalam filemTITANIC 1997 seperti kita tengok "jack" mati di sisi Rose,
tapi realitinya "jack" @ Joseph Dawson mati bersama-sama penumpang yang lain

Hope
"Hati Lautan" yang telah pakai oleh Celine Dion
sempena persembahan "My Heart Will Go On" di Akademi Award pada 1998
adalah kalung TITANIC yang sebenar.Kalung yang di beri nama
"Hati Lautan" ini telah di jual akhirnya
setelah berkurun lama di simpan pada harga 2.2 million.

Kalau reffer semula filem TITANIC tahun 1997,memang ada perubahan yang di buat oleh James Cameroon dalam filem terkenalnya itu demi kepuasan hati semua pihak.Ada gak yang tak puas hati kan hehe...yela,kalau tengok dalam ceta tu "Jack" mati di sisi Rose,mati tenggelam dalam laut tapi hakikatnya jack @ Joseph Dawson mati bersama-sama penumpang yang lain.Beliau salah seorang krew kapal TITANIC,tapi dalam ceta TITANIC 1997 "Jack" hanya seorang pelukis dan seorang yang miskin yang telah memenangi "Tiket Jackpot" kelas ke3 untuk menaiki Kapal TITANIC dan akhinya karam....

*Sumber dari Google*



Thursday, December 24, 2009

ANTARA PENYEBAB LELAKI DI BENCI WANITA!!

* Hope Perkara-perkara kat bawah ni tak ada le pada pasangan @ diri kita sendiri kan..Kalau hari ni kita bersikap macam-macam pada pasangan kita,maka ADIL lah Tuhan akan membalas semula segala perbuatan kita pada orang lain kan tak kira la dalam bentuk apa jua sekali pun.Setiap baik @ buruk yang kita lakukan atas muka bumi ini ada balasan yang setimpal dengannya,kita manusia biasa siapa kita untuk menidakkan kuasa yang maha Esa..*

MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
(Standard lelaki majoriti memang macam ni...nasib syg aku x macam tu haha...)

PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
(Hehehe...aku pon kadang2 macam tu gak...tapi biar kena pada tempatnya kan..)

KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
(Ar kalu yang ni memang aku respect sgt2 kat syg aku tu coz dia bukan seorang yang merokok)

EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
(Pompuan pun ego gak kan..tapi x macam lelaki haha...aku?tak kot,insyaallah...)

MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
(Siapa yang suka dirinya kena tipu ar...cakap-cakap... nobody la..tapi kenapa ek ada pasangan yang sanggup menipu pasangannya semata-mata nak lari dari masalah yang diri sendiri dah buat...why2..)

MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
(Ni yang x boleh tahan..dah kantoi baru sibuk2 nak mintak maaf..jangan harap le...)

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
(Emm..kalu yang ni kami seri..x de sape2 pun yang pentingkan diri dlm hubungan kami,insyaallah..)

KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu
akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

(Betullah...orang pompuan bukan nak perhatian 24jam pun..pompuan kan manja haha..tapi aku memang x berkenan kalu aku bercakap orang x tumpukan perhatian,x kira le pada lelaki @ pompuan...geram je..)

PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
(Syukurlah yang ni x de pada syg aku tu hehe...coz dia selalu bau wangi je..bau perfume yang aku suka hehe..)

PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
(Yang ni bukan takat pompuan je x berkenan,lelaki pon sama gak kalu dapat kekasih yang pentingkan kawan2 dari dirinya..betul x sygku...)

TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
(Uisshhh...nak komen lebih2 pon x boleh..tapi honestly le aku memang dah berbulu dengan sifat lelaki yang macam ni,nak ucap terima kasih pon macam berat je ek..)

PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.
(Awas kalu yang ni hehe...coz lambat laun aku akan tahu gak haha..bukan aku je,sape2 pon sama.Aku jenis yang menginggati setiap tutur kata seseorang,kalu dah putar belit siap le "Ceq putaq-putaq kepala hang nanti..." hehe...)


Tuesday, December 22, 2009

Singapore VS Raja Siam

Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan Raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat Raja Siam lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

Raja Siam jawab :
Kami tak buat apa. Kami buang aje.

PM Singapore :
Ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore tanya lagi :
Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau??

Raja Siam jawab :
Kami tak buat apa, kami buang aje.

PM Singapore :
Ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus Limau, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Last sekali, diorang makan chewing gum. Seperti biasa PM Singapore pun tanya :
Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan??

Raja Siam jawab :
Kami tak buat apa, kami buang aje.

PM Singapore :
Ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Raja Siam plak tanya:
Apa orang singapore buat dengan kondom selepas digunakan??

PM Singapore jawab :
Kami tak buat apa, kami buang aje.

Raja Siam :
Ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapore.

Erk! Muka
PM Singapore jadik merah padam dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore."

Sunday, December 20, 2009

7 ayat cinta.....selamat beramal.......

7 Ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW:Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim;

Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah;

Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah;

Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah;

Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwataillahbillah;

Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah;

Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah;

Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431 N Happy Besday Mak...

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431 buat seluruh umat islam sedunia...selamat menyambut tahun baru islam...bagi memperingati sambutan Ma'al Hijrah setiap tahun yang di sambut oleh kita semua umat islam,sama-sama la kita berdoa akhir tahun dan awal tahun,jangan lupa ye hehe...

Sempena Ma'al Hijrah esok juga adalah besday mak aku yang ke 52 tahun....dah lama mak bejuang demi kami semua...bejuang untuk membesarkan kami semua..berjuang sebagai seorang isteri kepada suaminya,insyaallah aku harap hingga ke akhir hayat mak nanti.Aku selalu berdoa pada tuhan agar biar aku je yang 'Pergi' dulu sebelum mak @ abah,yela kami ada 5 beradik,kalu mak hilang seorang anak dia masih ada 4 lagi anak-anak yang lain...tapi seandainya jika mak @ abah yang pergi dulu,kami 5 beradik ada sape lagi atas dunia ni....

Tapi kuasa dan rahsia Allah sape yang tahu kan...kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan nanti hanyalah Allah.Apa yang aku harapkan,biarlah apa yang di rancang nanti jadi kenyataan ameen...Buat mak yang tersayang selamat menyambut ulang tahun yang ke 52,bersamaan dengan 1 Muharam 1431 Hijrah.Terima kasih yang tak terhingga sebab dah bersusah payah membesarkan kami semua....Harap mak abah di panjangkan umur hendaknya hinggalah mak abah sempat melihat anoi mendirikan rumah tangga seperti adik beradik yang lain 1 nanti..Insyaallah....


Go to fullsize image
Salam Ma'al Hijrah 1431



Wednesday, December 16, 2009

Tahi Lalat Dan Sikap Seseorang

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah di ketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa di ajarkan di kalangan Masyarakat melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

> * bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
> * bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
> * bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
> * bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
> * leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
> * leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
> * leher di tengah - tercapai cita-cita
> * biji mata kanan - suka serong dan pembohong
> * biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
> * hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
> * hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
> * betis kanan - suka berhibur, boros
> * betis ! kiri - rajin,tidak suka menganggur
> * lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
> * lutut kiri - kurang kuat berusaha
> * kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
> * kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
> * kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
> * kening kanan - cerdas dan cekap
> * kening kiri - cerdas, sopan santun
> * tengah kening - keras hati, berani segala hal
> * hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
> * hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
> * ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
> * ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
> * pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
> * pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
> * batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
> * pada hidung - banyak rezeki
> * dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
> * dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
> * kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
> * di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
> * tumit kanan - jujur dan banyak kawan
> * tumit kiri - baik budi
> * alis kanan suka - menolong, baik hati
> * alis kiri - ramai yang suka
> * pangkal peha kanan - kemahuan kuat
> * pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
> * telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
> * jari kaki kanan - suka menolong
> * jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
> * bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
> * bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
> * lengan kanan - setia dan taat pada atasan
> * lengan kiri - menepati janji dan rajin
> * pipi kanan - ramai teman
> * tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
> * tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
> * ubun-ubun - kurang jujur
> * pusat - cerdas, tangkas, tekun
> * pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
> * pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
> * pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
> * pinggang kiri - disayang pasangan hidup
> * dada kanan - dapat mengatasi masalah
> * dada kiri - berani, jujur dan sabar
> * telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
> * telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
> * siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
> * siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
> * jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
> * jari tangan kiri - serba baik bekerja
> * jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
> * jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
> * perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
> * perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
> * sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
> * sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
> * sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
> * pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
> * pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
> * kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,berjaya
> * kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
> * elopak mata kanan bawah - agak malas
> * kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Aiyaa....ada betut ka ini fakta...manyak confuse ley hehe.... ('',)

Tuesday, December 15, 2009

Hospital Bersalin Paling Mewah Di Dunia

Hospital Paling Mewah di dunia....kat Saudi Arabia ni...tengok hospital pun dah macam bilik istana di raja la....mewah sungguh....