Sunday, November 29, 2009

sorry cik ayu..........................

bukan saya tak nak mesej ngan awak....sebenarnya mmg saya tak suke mesej2 nih...hehehe.... so jangan la terasa hati ekkk klw saya tak mesej awak.....bila usia dah meningkat ni mmg sumenye malas...hehe...klw zaman2 remaja dulu mmg seronok ber SMS ni....so jangan marah2 klw tak msj...kite kan dah selalu jumpe...hehe......

EPILOG KISAH UKIK DAN AYU..........



assalamualaikum.....epilog kisah ukik dan ayu...ok tak tajuk ni?..hehe...ok la kot... saje nak mengimbau kembali kisah perkenalan kami...hehehe....perkenalan kami bermula di sebuah forum,forum teman komuniti inteam....masa tuh just tanye2 kabo jek...same mcam kawan2 yang len kat dalam forum tuh...mase tuh tak pernah terpikir pun kami akan jadi rapat...hehe....kami jad kawan pun tak lame..terus lost contact...sbb aku dah jarang masuk forum....

lepas 2 tahun,pertemuan yang tak disangka2 telah ditakdirkan oleh yang punya dunia...kami ditemukan plak di blog kampung aku...blog FELDA CHEMPLAK BARAT... dari situ lah bermulanya bibit2 cinta...cewah...hehe...hari2 cik ayu nih kol aku....tak bosan2...hehe.. tiap2 malam mesej...caring gile dia nih....oleh sbb dia ni de ciri2 wanita yang aku idam2 kan, aku memberanikan diri meluahkan perasaan...hehe...alhamdulillah lamaran aku diterima..hehe..punye bagus cik ayu nih,siap mintak izin mak tu nak kawan ngan aku..hehe.. family dia sangat2 ok ngan aku...aku skang ngah menghitung hari,,,taun 2009 dah nak bis...2010 akan menjelma...bedebar2 aku nak menunggu taun depan..hehe....moga2 sumenye berjalan lancar....insyaAllah..........................................................

MUNAJAT SEORANG HAMBA....

Munajat Seorang Hamba

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

GATHERING KCARLIFE....GEMPAK BEB!!!







ARINI AKU G GATHERING KCARLIFE KAT MUAR....AKU KUAR UMAH KUL 10.30, BELUM DE 5 MINIT AKU DRIVE,KETE AKU WAT HAL PLAK...TIBE2 MATI...TENSEN GAK MASE TUH...PUAS AKU GODEK2 KETE TUH...LAST2 PANGGIL EN.MUZAB...MEKANIK AKU NIH...HEHEHE..NASI BEK AKU LUM JAUH G...LEH LA DIA DATANG...SETELAH HAMPIR SETENGAH JAM MENCARI PUNCA MASALAH,AKHIRNYA SEMUANYA TERJAWAB,,SOKET KAT KUNCI STARTER TU LONGGAR...HEHE....AKU PUN MENERUSKAN PERJALANAN...NASIB BEK DIORANG SUME BARU SAMPAI KAT SEGAMAT..DARI SEGAMAT,ADE LA DALAM 10 BUAH KETE BERKONVOI MENUJU KE MUAR...SAMPAI JEK DI MUAR,TEKEJUT AKU TGK DERETAN KETE2 KECIK...KIRE2 120 BIJI YANG DATANG...PENUH KAWASAN PARKING TUH...MEMANG MERIAH GILE....RUGI CIK AYU TAK IKUT...HAHAHA....CIAN DIA KENE TINGGAL...TAKPE,MGGU DEPAN KITE G JALAN2 MERSING YEK....






CUTI PANJANG......HEHEHE

kali ni aku cuti panjang cket...ari khamis aku dah mik cuti.....jumaat dah raya haji....tak sempat nak tolong2 mak kat umah...kalau taun2 lepas seronok....aku yang kat umah,so banyak keje ku wat...taun ni bosan cket....balik umah sume dah siap....hehe..umah aku pun baru siap renovate...biase la mak aku,tambah bilik lagi...bilik untuk menantu kot...haha...pas blik solat aidiladha,blik umah men ps2,,,haha...akak2 ngan abang aku pun dah terjebak men ps2...duk depan tv 24 jam....pas solat jumaat g tengok orang sembelih lembu...6 ekor taun nih...termasuklah family angkat aku,korbankan sekor lembu...tapi aku tak tolong pun....tengok kejap jek...ada pesengketaan cket..haha..padahal sebelum kiteorang rapat gile...tak yah la korang tau pe sebabnye.....cume aku doakan sumenye kembali mesra macam dulu....aku taknak bermusuh ngan sape2....ari sabtu aku duk umah jek....g anto kete kat carwash sbb ari ahad de gathering kcarlife kat muar......

DOA SEORANG KEKASIH

Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohonApa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaan-Mu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepada-Mu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hamba-Mu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
Pada-Mu Tuhan ku mohon segala

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha...

Salam Aidil Adha buat semua follower blog ni,pembaca yg datang singgah sat tu ke..yg just tgk2 sat dlm blog ni ke..selamat menyambut Hari Raya Haji (Korban..) seperti yg kita semua tahu kalau hari raya jatuh pada hari jumaat (x kira le raya aidilfitri @ raya haji) semua umat islam akan melakukan 2x sembahyang...1st pagi-pagi sembahyang hari raya,then the 2nd is sembahyang jumaat lak..

Pada kaum adam,kalu boleh lakukanlah kedua2 solat itu,lagi pun hari raya ni bukan tiap2 tahun jatuh pada hari jumaat kan...jadi pahala untuk hari itu nanti adalah berganda.pada kaum hawa lak,al-maklum le kadang2 ada yg keuzuran dtg bulan kan (mcm aku sekang ni hehehe...) so ada le excuse nya ek...

Sempena raya haji jumaat ni,of course le ada yg akan mula amik cuti panjang kan..ada org tu start cuti ari khamis oo...naik keja ari isnin hehe..kira cuti panjang gaks tu..pada yg balik kampung tu pandu berhati2,ingatlah org yg tersayang,raya korban ni kalu boleh jgn ada jiwa yg terkorban lak,mintak di jauhkan la ea...insyaallah semua akan selamat....

Go to fullsize image

Sunday, November 22, 2009

gambo kursus kat genting.....cket jek....







bulan lepas aku kne kursus kat genting...3 minggu wooo...tak puas ati tol....tak puas g beraya dah kena g kursus induksi....tapi bagus gak,aku antara orang terawal yang g kursus induksi dalam ramai2 dak baru kat jpn..hehehe...rezeki aku...cepat cket kompem...pekse pun aku dah lulus,,,yahooooo........






Saturday, November 21, 2009

upload gambo raya...hahaha








haha...sory lambat upload gambo raya 2009.....gambo kat kamera my sister...ni baru dapat,so ambo upload kat cni...kenal-kenali lah kuarge ambo...hehehe








salam..............................

salam.....lama dah tak update blog...hehehe...takde kesempatan...alhamdulilah streamyx kat kampung dah kembali ok...so boleh la aku update blog bile aku blik kampung...hehehe...

Friday, November 20, 2009

Malaikatmu...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : "
Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan
Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan
sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"


Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,

dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...
sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


> Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
> 1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
> 2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
> 3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
> 4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Thursday, November 19, 2009

Daging Goreng Cendawan & Bayam

Bahan-bahan:
400 gram daging - hiris nipis
4 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1-2 sudu minyak masak
2 cm halia - cincang
300 gram bayam

150 gram cendawan butang - belah dua

Cara Penyediaan:

Satukan sos tiram dan kicap. Ketepikan.
Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali, masukkan sebahagian daging dan goreng hingga keperangan. Angkat dan
goreng sebahagian lagi hingga keperangan. Angkat, ketepikan dan bersihkan kuali.

Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali, tumis halia hingga kekuningan, kemudaian masukkan cendawan dan bayam. Masak sehingga sayur layu.
Masukkan daging dan campuran sos tadi. Masak dan gaul sehingga pekat anggaran selama 2 minit.


Sedia untuk dihidangkan.

ps: Sori le,tak ada pic untuk resepi ni hehehe...

Tuesday, November 10, 2009

Kerabu Telur Nyonya

Bahan-bahan:

3 biji telur

1 biji bawang besar Holland (kuning)

1 biji tomato

1 kuntum bunga kantan

3 biji cili padi

sedikit daun kesum

1 biji besar limau nipis diperah airnya

garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk Halus:

1 biji cili merah

3 biji cili padi

1 ulas bawang putih

1/2 inci belacan dibakar

Cara membuatnya:

1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.

2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan, daun selom, cili padi, cili merah dan bawang besar.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.